BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

22 November 2007

Juri Pertandingan Nyanyian Canon

Assalamualaikum semua..

Apa khabar? Di harapkan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera..
Lama sudah kita tak berjumpa dalam blog ni..Apa pun, kami dari farhan mengharapkan anda sentiasa berada dalam keadaan baik...

Last week, kami telah dijemput untuk mejadi juri mang menilai vokal dan nyanyian peserta-peserta kilang Canon. Untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pertandingan ini, kita tunggu post yang seterusnya.....Selamat berjumpa lagi.....

Anwar Farhan

06 Oktober 2007

Single Pertama Farhan!!

Assalamualaikum Semua....

Akhirnya berjaya juga kami menguploadkan lagu single kami yang sulung..Alhandulillah..jadi kami di sini ingin meminta jasa baik anda semua untuk menggunakan ruangan ini bagi meninggalkan sedikit komen tentang single ini..Tidak kiralah apa jua komen Insya Allah kami akan gunakan untuk memperbaiki kelemahan kami untuk masa hadapan...

Lawat blog ini selalu untuk mendapatkan muat turun lagu ini secara percuma!!!

05 Oktober 2007

Sejarah Farhan


Assalamualaikum semua..wah, lame lak rasenye tak post ape-ape di blog ni..Maaf la..Sebabnya, kami sekarang masing-masing agak sibuk dengan hal masing-masing. Jadi tumpuan terpaksa diberikan kepada menyelesaikan hal-hal berbangkit dahulu..Ape-ape pun saye harap kesibukan kami ini hanyalah sementara, kerana perjalanan kami di dalam dunia nasyid ini masih jauh..(sambil merenung di luar tingkap buat seketika).

Ape pun Insya Allah pada hari ini, saya nak bercerita tentang sejarah penubuhan kumpulan Farhan ni..mcm mane la bole tertubuhnye sebuah lagi kumpulan nasyid nih...Mengimbau kembali kenangan zaman nasyid dolu-dolu, memang la banyak kenangan terindah (bukan samsons je ade kenangan terindah)..Kalau nak cerita mcm mana saya bermula dengan nasyid ni..alamatnye berjela-jela..jadi untuk sejarah peribadi ahli Farhan, boleh lah anda rujuk kepada blog ahli masing2.


Farhan bermula sejak emm...isk ...lama la...sebenarnya Farhan adalah kesinambungan sebuah kumpulan nasyid di MMU Cyber yang bernama WILLDONE..mungkin mendengar nama itu ramai yang mula teringat sejarah silam masing2..Untuk pengetahuan anda semua, saye ni tak lah layak nak mengorek semula sejarah WILLDONE nih..sebabnye, mase tu saje bukan ahli lagi...Saye mula menjadi ahli di pengakhiran hayat WILLDONE..(chewah.tapi willdone lama tetap dihati)

Masa saya mula terlibat dengan kumpulan WILLDONE ni, mase tu ahli die tengah jadi urusetia untuk konsert nasyid di Kuala Selangor. Mase tu kitorang ni baik la dengan kumpulan Brothers (skarang pun masih baik..cume lame tak jumpe..ingat lagi mase pernah tolong backup brothers kat Kedah nun..naik van...eh..terkesitu pulak).

Then dari konsert tu, berkenalan dengan arwah Zairey (anggota Raihan yang telah meninggal dunia).Then, mase tu die pun offer jadi backup tetap Raihan. So, kami pun mulalah diberi tugas untuk menghafal lagu-lagu Raihan. Mengikut Bro Zairey mase tu, beliau kata Raihan ni konsep die mcm koir sket..So time show perlu ada backup vocals untuk menebalkan lagi suara live mereka. So, kami pun mulalah berlatih...(Ingat lagi kami jamming lagu seperti Tihamah, Kasih-sayang, Demi Masa dan pelbagai lagi lagu bersama arwah dan anggota Raihan yang lain..

Tetapi apa kan daya, kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Baru beberapa persembahan kami menjadi backup, Allah telah memanggil Bro Zairey. Ketika itu anugerah Era. Kami memang tak percaya dengan apa yang berlaku.
Kerana sehari sebelum itu arwah begitu sihat berlatih bersama kami. (Sehinggakan saya sendiri, selepas tengok tubuh arwah baru saya percaya bahawa dia telah tiada..Innalillah..Marilah sedekahkan Al Fatihah buat Arwah Zairey..Al Fatihah...).

Maka sejak itu, kami tidak lagi dijadikan backup vocals untuk mereka. Mungkin ada hikmah juga atas segala apa yang berlaku. Jadi melihat keadaan itu, kami meneruskan perjuangan menyebarkan dakwah melalui lagu-lagu nasyid secara sendirian. Kami pun menukarkan nama kepada Farhan dan mula mencari cara untuk menjadi sebuah kumpulan yang lain dari lain.

Kami pun mula menghubungi Cikgu Siti Hajar (ye..Cikgu Siti yang AF tu..tapi mase tu die belum jadik Cikgu AF lagi ) kerana kami mengetahui bahawa Raihan pernah mendapatkan khidmat Cikgu ini untuk menyanyi. Maka kami pun mula menjadi anak murid Cikgu Siti Hajar dan belajar vokal bersamanya sejak 2004.

Jadi begitulah sedikit sebanyak sejarah kumpulan nasyid ini. Pun begitu terdapat juga kejadian serta pihak-pihak yang turut memberi corak kepada kumpulan ini, tetapi tidak dapat disebutkan di sini. Yang penting mereka tahu siapa mereka dan saya bagi pihak Farhan mengucapkan ribuan terima kasih di atas pertolongan dan sokongan anda kepada kami....

Jadi rasanya sampai di sini dahulu..Insya Allah lain masa saya akan bercerita lagi..Sekian Wasallam

Anwar Farhan.


28 September 2007

Aktiviti Nasyid

Assalamualaikum semua..apa cerita? Semoga semuanya sakses..Hmm... Saya bagi pihak Farhan nak mintak maaf kepada semua kerana show di Mais Sabtu ini juga mungkin tidak dapat diteruskan.. Ini kerana kami tidak mendapat konformasi dari pihak program..

Jadi harap anda semua harap maklum..

Selamat berpuasa dan beribadat...

Anwar Farhan

22 September 2007

Perkembangan Aktiviti Nasyid Farhan

Assalamualaikum Seme...

Ape kabar? Semoge segala-galanya berjalan lancar untuk anda..Tujuan post hari ini adalah untuk menceritakan perkembangan dan perjalanan aktiviti Farhan yang tetibe laku pulak di bulan-bulan Ramadhan ni..rezeki la katekan..

Pada Jumaat lepas, Farhan telah diundang sekali lagi oleh Dewan Perniagaan Kuala Lumpur untuk membuat persembahan nasyid sempena perasmian Karnival Ramadhan Perdana KL yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman. (ala yang belakang nasi lemak City Garden yang femes tu..sebenarnya tak tau la kenapa femes sangat kedai tu...ada bela apa-apa ke? kalau sesiapa ada cerita boleh la komen ye...) Berbalik kepada cerita asal, hari perasmiaan karnival itu agak meriah kerana berbas-bas staf dan pegawai dari merata tempat dikerah untuk hadir ke perasmian itu. (kami dimaklumkan ramai orang Arab akan datang..tetapi yg kelihatan ada la 2 ke 3 orang arab...)

Dipendekkan cerita, segala-gala berjalan dengan baik..Kami ditugaskan untuk menghiburkan tetamu selepas solat Maghrib, ketika hadirin sedang makan. Pada mulanya kami agak terkejut dan cuba untuk meng'adapt' kerana mengikut jadual, bile azan, berbuka, makan kuih 15 minit dan solat maghrib. Kami pula dimaklumkan untuk menyanyi dalam masa itu. Jadi kami pun cuba untuk mencari jalan terbaik dan lagu yang sesuai... Setelah dikonfemkan, kami ditugaskan menyanyi selepas solat..(baru lega..) dan kami boleh nyanyi lagu2 ikut plan...

So mlm tu kami menyanyi 4 lagu iaitu

  1. Mari berhibur (lagu wajib setiap persembahan) -lagu ni Raihan punye
  2. Allahuma (lagu accapella)
  3. Terlalu Istimewa (telah ditranspose ke key kami) - lagu Adibah Noor
  4. Ya Muhammad (Single pertama kami) - lagu ni kene nyanyi setiap show..promote la katekan


Tapi saya bagi pihak Farhan mintak maaf banyak2 sebab tak dapat mengambil apa apa footage semasa persembahan..(maklumla..x cukup ahli..gambar pun tak de...) Tapi Insya Allah, untuk show akan datang, at least kami akan provide dengan gambar...

Di sini juga kami ingin memohon maaf (pada sesiapa yg ada pegi Wisma Mais utk tgk kami..kalau ada la kan..:P) kerana show di wisma mais pada sabtu baru ni dibatalkan. Jadi kami tidak menyanyi di Shah Alam pada Sabtu lepas. Apa pun, Insya Allah, Sabtu akan datang, kalau ada show, kami akan berada di sana.

Rasanya sampai di sini dulu 'update' terkini untuk aktiviti Farhan pada minggu lepas. Kami masih dalam proses mencari teknologi terbaik untuk mengupload lagu kami di halamanfarhan. Jadi kalau anda ada cadangan, hantarkan lah komen untuk membantu kami mempercepatkan proses ini. Kami ingin sangat-sangat untuk anda dapat menikmati Single terbaru kami ini.

Hmm..ape-ape pun nanti anda boleh muat turun lagu kami itu melalui halamanfarhan ini. So, till then, stay tuned.

Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam, dan marilah kita berusaha agar hari esok menjadi lebih baik daripada hari ini. Hidup Nasyid!!


Sekian dari saya, Anwar Farhan


19 September 2007

Tips-tips Asas Vokal

Assalamualaikum semua..

Insya Allah, melalui blog ini juga, saya akan sedikit sebanyak berkongsi ilmu tentang apa yang saya tahu tentang nasyid, vokal dan segala-gala yang berkaitan dengan Farhan. Jadi saya akan berikan serba sedikit tips serta nasihat supaya anda turut boleh mendapat sedikit-sebanyak dari apa yang saya tahu..

Jadi, saya akan 'share' kan tips-tips vokal untuk panduan sesiapa sahaja yang kat luar tuh..gunakanlah apa yang kami share ni untuk kebaikan anda semua ya!

Jadi kali ini, saya akan ceritakan serba sedikit pasal vokal ni la. Untuk pengetahuan semua, alat penghasilan vokal kite ni, iaitu 'vocal chords' kita ni juga merupakan otot. Mcm otot badan kita yang lain. Yang mana kita mesti 'work out' untuk mendapatkan bentuk atau keadaan 'vocal chords' yang baik. Jadi terdapat beberapa cara untuk kite 'exercise' kan otot vokal kita ini. Antaranye adalah...

Tapi sebelum saya ajarkan exercise ni, satu lagi perkara yang penting di dalam aspek vokal ini adalah pernafasan.. Jadi kali ini saya akan bercerita pasal pernafasan aje la dulu. Yg lain akan diceritakan seterusnya..

Tau tak ramai antara kita tidak bernafas dengan betul. Ramai antara kita terlalu cepat bernafas sehingga kita tidak bernafas dengan betul. Pernafasan yang tidak betul ini juga boleh mengakibatkan lontaran vokal kita terganggu. Haa...pelik bukan..kite rase macam kite ni dah pakar dalam bernafas...Tapi sebenarnya tidak! Nak tau tak mcm mane nak betulkan balik cara kita bernafas tuh?

Ok...cuba buat latihan ni...

Dalam kiraan 4, tarik nafas, 1,2,3,4....tahan nafas....1,2,3,4....lepas pun dalam 4 kiraan je...

Ulang latihan kat atas ni, bila da rasa ok, cuba ubah kiraan jadi 8 pulak...
pas tu jadi 16 lak....

Nanti kalau da sampai 8 tu, cuba buat aktiviti yang selalu buat. Sama ada menyanyi ke, baca sajak ke, presentasi ke..Insya Allah, akan lebih mudah dan anda boleh rasa kesan secara instant! Tak caye? Cubalah...

Ok la rakan-rakan, rasanya sampai situ dahulu latihan untuk hari ini...Insya Allah tak ada aral jumpa lagi..Sekian Wasalam...

Dari Anwar Farhan

Salam Ramadhan Dari Farhan

Assalamualaikum semua..

Dikesempatan ini, kami anggota Farhan ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak bagi semua umat Islam yang menyambutnya. Semoga puasa kali ini akan lebih baik dari yang lepas-lepas.

Sahur tu jgn lupe bangun...Buka tu jangan sampai tak ingat orang sekeliling.. Bersederhana sahaja..itu yang terbaik..ape-ape pun kami harapkan anda doa anda yang anda minta selama ini, tak kiralah dalam apa jua keadaan...Insya Allah, bulan baik ni, akan termakbul hajat serta doa anda...

Itu sahaja daripada kami, sehingga bertemu lagi..Insya Allah...Wasalam

17 September 2007

Jadual Persembahan Farhan Untuk Ramadan 2007

Alhamdulillah Ramadhan kali ini Farhan mendapat banyak undangan membuat persembahan. Berikut adalah jadual aktiviti Farhan untuk sepanjang bulan Ramadhan.


15 September 07 - 10 mlm
Di Karnival Ramadhan Perdana bertempat di
Kelab Sultan Sulaiman (di padang belakang nasi lemak City Garden)



21 September 07 - 4.30 ptg
Perasmian Karnival Ramadhan Perdana bertempat di
Kelab Sultan Sulaiman (di padang belakang nasi lemak City Garden)



22,29 Sep dan 6 Oct 07 (Setiap Sabtu sepanjang Ramadhan) - 4.30 ptg
Bangunan MAIS Lembaga Zakat Selangor
(belakang Mc Donald Di luar UITM di Seksyen 2) sempena Bazar
Ramadhan di sana.

Jadi datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan segala majlis ini....

Selamat Datang

Selamat datang ke laman web kami. Insya Allah, segala perkembangan tentang Farhan akan kami paparkan melalui laman web ini. Farhan di sini ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan kepada Farhan dari dahulu sehingga kini.

Single terbaru Farhan akan keluar tidak lama lagi. Kerap-keraplah datang ke laman web ini untuk mendapatkan lagu-lagu terbaru Farhan.

Sekali lagi ribuan terima kasih dan semoga kita semua berjaya di dalam apa jua yang dilakukan.

15 September 2007

Bagaimana Mendapatkan Farhan

Kumpulan Farhan banyak membuat persembahan di sekitar Lembah Kelang. Undangan persembahan di luar Lembah Kelang juga kami cuba untuk penuhi.

Selain itu, kami juga sering mendapat undangan bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan sama ada dari segi persembahan mahupun selawat kawat pengantin (selawat semasa pengantin berjalan masuk dan keluar majlis).


Jadi sekiranya anda tergerak untuk mengundang kami untuk memeriahkan lagi majlis anda, bolehlah anda hubungi kami di..


013-2526763 (anwar)
019-2767452 (khairul)


atau hantarkan emel kepada izwanfarhan@gmail.com...atau untuk lebih senang, tinggalkan di komen di blog ini...Sekian, terima kasih