BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

06 Oktober 2007

Single Pertama Farhan!!

Assalamualaikum Semua....

Akhirnya berjaya juga kami menguploadkan lagu single kami yang sulung..Alhandulillah..jadi kami di sini ingin meminta jasa baik anda semua untuk menggunakan ruangan ini bagi meninggalkan sedikit komen tentang single ini..Tidak kiralah apa jua komen Insya Allah kami akan gunakan untuk memperbaiki kelemahan kami untuk masa hadapan...

Lawat blog ini selalu untuk mendapatkan muat turun lagu ini secara percuma!!!

05 Oktober 2007

Sejarah Farhan


Assalamualaikum semua..wah, lame lak rasenye tak post ape-ape di blog ni..Maaf la..Sebabnya, kami sekarang masing-masing agak sibuk dengan hal masing-masing. Jadi tumpuan terpaksa diberikan kepada menyelesaikan hal-hal berbangkit dahulu..Ape-ape pun saye harap kesibukan kami ini hanyalah sementara, kerana perjalanan kami di dalam dunia nasyid ini masih jauh..(sambil merenung di luar tingkap buat seketika).

Ape pun Insya Allah pada hari ini, saya nak bercerita tentang sejarah penubuhan kumpulan Farhan ni..mcm mane la bole tertubuhnye sebuah lagi kumpulan nasyid nih...Mengimbau kembali kenangan zaman nasyid dolu-dolu, memang la banyak kenangan terindah (bukan samsons je ade kenangan terindah)..Kalau nak cerita mcm mana saya bermula dengan nasyid ni..alamatnye berjela-jela..jadi untuk sejarah peribadi ahli Farhan, boleh lah anda rujuk kepada blog ahli masing2.


Farhan bermula sejak emm...isk ...lama la...sebenarnya Farhan adalah kesinambungan sebuah kumpulan nasyid di MMU Cyber yang bernama WILLDONE..mungkin mendengar nama itu ramai yang mula teringat sejarah silam masing2..Untuk pengetahuan anda semua, saye ni tak lah layak nak mengorek semula sejarah WILLDONE nih..sebabnye, mase tu saje bukan ahli lagi...Saye mula menjadi ahli di pengakhiran hayat WILLDONE..(chewah.tapi willdone lama tetap dihati)

Masa saya mula terlibat dengan kumpulan WILLDONE ni, mase tu ahli die tengah jadi urusetia untuk konsert nasyid di Kuala Selangor. Mase tu kitorang ni baik la dengan kumpulan Brothers (skarang pun masih baik..cume lame tak jumpe..ingat lagi mase pernah tolong backup brothers kat Kedah nun..naik van...eh..terkesitu pulak).

Then dari konsert tu, berkenalan dengan arwah Zairey (anggota Raihan yang telah meninggal dunia).Then, mase tu die pun offer jadi backup tetap Raihan. So, kami pun mulalah diberi tugas untuk menghafal lagu-lagu Raihan. Mengikut Bro Zairey mase tu, beliau kata Raihan ni konsep die mcm koir sket..So time show perlu ada backup vocals untuk menebalkan lagi suara live mereka. So, kami pun mulalah berlatih...(Ingat lagi kami jamming lagu seperti Tihamah, Kasih-sayang, Demi Masa dan pelbagai lagi lagu bersama arwah dan anggota Raihan yang lain..

Tetapi apa kan daya, kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Baru beberapa persembahan kami menjadi backup, Allah telah memanggil Bro Zairey. Ketika itu anugerah Era. Kami memang tak percaya dengan apa yang berlaku.
Kerana sehari sebelum itu arwah begitu sihat berlatih bersama kami. (Sehinggakan saya sendiri, selepas tengok tubuh arwah baru saya percaya bahawa dia telah tiada..Innalillah..Marilah sedekahkan Al Fatihah buat Arwah Zairey..Al Fatihah...).

Maka sejak itu, kami tidak lagi dijadikan backup vocals untuk mereka. Mungkin ada hikmah juga atas segala apa yang berlaku. Jadi melihat keadaan itu, kami meneruskan perjuangan menyebarkan dakwah melalui lagu-lagu nasyid secara sendirian. Kami pun menukarkan nama kepada Farhan dan mula mencari cara untuk menjadi sebuah kumpulan yang lain dari lain.

Kami pun mula menghubungi Cikgu Siti Hajar (ye..Cikgu Siti yang AF tu..tapi mase tu die belum jadik Cikgu AF lagi ) kerana kami mengetahui bahawa Raihan pernah mendapatkan khidmat Cikgu ini untuk menyanyi. Maka kami pun mula menjadi anak murid Cikgu Siti Hajar dan belajar vokal bersamanya sejak 2004.

Jadi begitulah sedikit sebanyak sejarah kumpulan nasyid ini. Pun begitu terdapat juga kejadian serta pihak-pihak yang turut memberi corak kepada kumpulan ini, tetapi tidak dapat disebutkan di sini. Yang penting mereka tahu siapa mereka dan saya bagi pihak Farhan mengucapkan ribuan terima kasih di atas pertolongan dan sokongan anda kepada kami....

Jadi rasanya sampai di sini dahulu..Insya Allah lain masa saya akan bercerita lagi..Sekian Wasallam

Anwar Farhan.