BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

13 Julai 2008

Review Akademi Nasyid

Salam semua....
Faizal Farhan pernah bagitau saya terdapat satu forum yang memaparkan suatu rumusan prestasi peserta Akademi nasyid...Mengikut editor atau empunya rumusan itu, banyak kelemahan dan teguran yang sangat membina di untuk kami memperbaiki diri...

Untuk membaca review ini sila klik di sini

12 Julai 2008

TERIMA KASIH SEKALI LAGI !!!

Salam semua...

Pertamanya, saye bagi pihak Farhan nak mengucapkan ratusan ribuan jutaan terima kasih kepada setiap insan yang telah mengundi kami...Alhamdulillah, dah 2 minggu berturut2 kami mendapat peratusan undian tertinggi.....
INI SEMUA ADALAH KERANA ANDA !!! THANK YOU SO MUCH!!!

Kami tak tau mcm mane kami nak balas...tapi apa yang kami boleh buat ialah...kami akan berusaha sesungguh-sungguh yang mungkin supaya undian serta sokongan anda berbaloi...

Insya Allah minggu ini, iaitu minggu ke-5, kami telah diberi tugasan untuk menyampaikan lagu Damba Cintamu...lagi Raihan...Bagi kami lagu itu sangat mencabar kerana lagu itu dibawa oleh Raihan tanpa iringan muzik....maka...untuk kami, tak tau lagi macam mana...nanti Khamis baru boleh tau....jadi tungguuuuu....

Dan kat sini kami nak ambik kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Voice Of Men....memang sedih sangat2...sebab kami semua dah macam adik beradik..so bila ada yang tersingkir maka semua antara kami akan menjadi sangat sedih....Ape ape pun,harap VMEN akan terus berjuang di luar sana.....

Sekian sahaja dari saya selepas konsert ke 4.....hingga bertemu lagi.....

Salam kasih...

ANWAR FARHAN

07 Julai 2008

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum Semua,

Di sini kami Farhan nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana telah mengundi untuk Farhan...Alhamdulillah, kami berada di tempat pertama...pun begitu sekarang bukanlah masanya untuk kami berlengah...kami perlu teruskan perjuangan dan berlatih bagi memberikan persembahan yang terbaik...

Untuk pengetahuan anda, minggu ni kami akan bawakan lagu berjudul Hijrah yang dipopularkan oleh Nowseeheart...Insya Allah...

Minggu ni kak ana terkeluar dari Akademi Nasyid...sedih jugak la..tapi....nak buat mcm mane..adat pertandingan..jadi, yang masih bertanding adalah..Abg Azhan, Shah, Aiman, Ida Fazila, CICIk, In Heart, D'vision, Muslim Voice, Voice of Men dan Farhan..

Nampaknye makin sikit keluarga kami....huhu..tak pe..ape ape pun kami semua sedang berusaha untuk memberikan yang terbaik...Insya Allah...

Salam dari Anwar Farhan..