BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

26 Ogos 2008

Selamat Bepuasa

Salam semua...

Pekabar...walau pun semua tengah sibuk dengan kerja masing2..aktiviti masing2...even kami pun tengah sibuk membuat satu persatu aktiviti Farhan selepas AN untuk pastikan momentum tidak jatuh...skang FARHAN dalam proses merekod kembali 2 lagu yang kami nyanyi di AN iaitu Damba Cintamu dan Ya Rasulullah...mungkin dibuat secara akapella dan musik yang minimum....ini sebagai bonus trek untuk sebagai cendera hati kepada anda semua yang telah banyak menokong perjuangan kami....

Jadi kat sini jugak Farhan nak mengucapkan selamat berpuasa....kalau rase nak jemput kami tu sila lah...puasa ni Insya Allah kami banyak buat show amal....jadi sila2....

Akhirnya, sebagai hadiah untuk anda semua, terimalah Ya Muhammad versi jamming...yang telah dibuat secara tak sengaja dan selamba.....semoga terhibur....

20 Ogos 2008

Hanya di separuh akhir..

Salam semua...ape kabar...harap semuanya sihat2....

Pertamanya Farhan ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan jutaan penghargaan kepada semua yang telah mengundi dan menyokong FARHAN selama berada di Akademi Nasyid..

Kami telah mencuba sedaya upaya bagi memastikan kami berada di final...tetapi nampaknya sudah ditakdirkan untuk kami hanya sampai ke peringkat separuh akhir...

Apa pun, kami telah melakukan yang terbaik pada hari Sabtu lalu dengan menyampaikan lagu Ya Rasulullah oleh Raihan...

Sekarang kami tengah menunggu untuk AN tamat bagi kami meneruskan perjuangan seni kami di luar.....untuk pengetahuan ada semua kami sedang merangka perjalanan Farhan selepas AN dengan penuh teliti agar momentum yang telah diberikan oleh AN akan terus dapat kami gunakan bagi meneruskan perjuangan kami memartabatkan irama nasyid.....

Kami dalam proses menghasilkan laman web kami yang lebih komprehensif dan berinformasi agar anda semua dapat mengetahui perkembangan Farhan seterusnya...

Teruslah berjuang dan menyokong kami bagi memastikan kita dapat menghasilkan suatu hiburan alternatif yang dapat mendidik jiwa orang2 yang kita sayang dan penting di dalam hidup kita...

Saksikanlah finale AN dan sokonglah rakan2 kami yang masih berjuang..terutamanya kumpulan D'vision....

Sehingga ketemu lagi.....Sekian, wasalam

13 Ogos 2008

PERHATIAN RAKAN-RAKAN FARHAN

Salam semua...

Ape kabar anda semua?? Pertamanya saye bagi pihak Farhan nak mintak maaf sebab lame tak buat posting kat sini..sebab jadual kami memang pack...sangat pack...dengan kerja...latihan dan sebagainya...tapi memanglah semua itu hanyalah alasan...harap maaf semua....

Apa pun..seperti yang ada telah tau, minggu baru lepas (minggu ke 8) kami dan In Heart telah tersingkir dari AN...kami telah kecundang!!!!..

Tetapi, kami akan bertanding kembali minggu ini untuk sesi WILDCARD...AN akan memilih 2 penyertaan untuk join final 4 bertanding di final...

JADI, FARHAN AMATLAH MENGHARAPKAN BANTUAN ANDA UNTUK MENYOKONG KAMI UNTUK MINGGU TERAKHIR YANG KRITIKAL INI...

HARAP ANDA DAPAT MEMBANTU DENGAN MENGHANTAR SEBANYAK UNDIAN YANG MUNGKIN ATAU SETIDAK TIDAKNYA HADIR KE KONSERT KE 9 SABTU INI SEBAGAI TANDA SOKONGAN TERHADAP KAMI...INSYA ALLAH...

Minggu ini kami akan menyampaikan lagu yang berjudul Ya Muhammad oleh Raihan...kami akan bawakan dengan cara kami dan pada kali ini kami akan menunjukkan memapuan sebenar kami..(sebab mungkin ni kali terakhir)

JADI SAMA SAMA LAH KITA MEMARTABATKAN INDUSTRI NASYID DENGAN SEDAYA MAMPU KAMI......

Sehingga ketemu lagi...

Salam sayang dari

Anwar Farhan