Salam semua...ape kabar...harap semuanya sihat2....
Pertamanya Farhan ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan jutaan penghargaan kepada semua yang telah mengundi dan menyokong FARHAN selama berada di Akademi Nasyid..
Kami telah mencuba sedaya upaya bagi memastikan kami berada di final...tetapi nampaknya sudah ditakdirkan untuk kami hanya sampai ke peringkat separuh akhir...
Apa pun, kami telah melakukan yang terbaik pada hari Sabtu lalu dengan menyampaikan lagu Ya Rasulullah oleh Raihan...
Sekarang kami tengah menunggu untuk AN tamat bagi kami meneruskan perjuangan seni kami di luar.....untuk pengetahuan ada semua kami sedang merangka perjalanan Farhan selepas AN dengan penuh teliti agar momentum yang telah diberikan oleh AN akan terus dapat kami gunakan bagi meneruskan perjuangan kami memartabatkan irama nasyid.....
Kami dalam proses menghasilkan laman web kami yang lebih komprehensif dan berinformasi agar anda semua dapat mengetahui perkembangan Farhan seterusnya...
Teruslah berjuang dan menyokong kami bagi memastikan kita dapat menghasilkan suatu hiburan alternatif yang dapat mendidik jiwa orang2 yang kita sayang dan penting di dalam hidup kita...
Saksikanlah finale AN dan sokonglah rakan2 kami yang masih berjuang..terutamanya kumpulan D'vision....
Sehingga ketemu lagi.....Sekian, wasalam
20 Ogos 2008
Hanya di separuh akhir..
Posted by farhan at 5:17 PG
Labels: Akademi Nasyid
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan