BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

13 September 2008

Persembahan Amal di Rumah Anak Yatim Nurul Izah

Assalamualaikum semua...
Ape khabar?? Harap semua dalam keadaan sihat2 hendaknya...Puasa amacam? Marilah kita mengambil kesempatan sempena Ramadhan ni...untuk beramal semaksima mungkin...impak maksima la katekan....

Ok...untuk mukadimah bulan ni....Insya Allah pada 19 September ni, Farhan akan membuat persembahan amal di Rumah Anak Yatim Darul Izah, Bangi (tepi highway ke Melaka ble nampak)

Majlis Berbuka sambil menderma ni dianjurkan oleh Real Leaders Network bagi mengutip dana untuk membeli komputer untuk anak-anak yatim di sini.....Jadi, Farhan pun mengambil kesempatan ini untuk menyumbangkan beberapa buah lagu untuk dihiburkan kepada semua hadirin majlis tersebut....

Jadi kepada sesiapa yang ingin turut sama menyumbang boleh lah berbuat demikian melalui;

Tempat : Rumah Anak Yatim Darul Izah, Bangi
Tarikh dan Masa : 19 September 2008, Berbuka Puasa
Harga : RM 25 seorang

Datanglah beramai - ramai menyerikan majlis sambil beramal.....jom jom!!

0 comments: